Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2019

PDRM Yakin Julang Piala Selepas Rombakan Besar

  • Published in Sukan

 

Putrajaya  - Jurulatih skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Fauzi Pilus yakin pemain pasukan itu mampu mencapai sasaran, iaitu sekurang-kurangnya sebuah piala bagi musim 2016.

Selepas membuat rombakan secara besar-besaran, yang memperlihatkan hampir 90 peratus pemain baharu, beliau yakin skuad 'The Cops' mampu mempamerkan prestasi yang cemerlang.

"Dengan rombakan besar-besaran ini, memang cabaran besar tetapi bukan mustahil. Saya dapat lihat pemain yang kami ambil tahun ini begitu komited untuk mencapai mandat yang diberikan oleh pihak pengurusan.

"Selepas mengharungi lebih 10 perlawanan pramusim, kombinasi dan keserasian antara pemain semakin baik. Keputusan perlawanan pramusim hanya penunjuk sahaja, yang penting pemain sendiri menjadi semakin baik dan positif untuk memulakan liga," katanya.