Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Terengganu Masih Berteka Teki Dengan Pemilihan Pemain Import Keempat

  • Published in Sukan

Terengganu - Menjelang Sepak Mula Liga Super 13 Februari ini, Terengganu masih lagi berteki-teki dengan pemilihan kuota pemain import keempatnya. 

Sebelum ini skuad Peteh dilihat hampir mengikat penyerang dari Mali, Makan Dembele, namun terpaksa membatalkan hasrat itu. 

Menurut ketua Jurulatih Sang Penyu, Haji Ahmad Yusof, beliau tidak tertekan dengan situasi itu kerana sudah menjadi asam garam dalam dunia bola sepak. 

Katanya, pencarian pemain import keempat Terengganu dijangka berakhir serta diumumkan pada 10 Februari nanti. 

Haji Ahmad Yusof berkata demikian selepas tamat perlawanan persahabatan di antara Terengganu menentang Kuala Lumpur di Gong Badak. 

Selain itu, pada perlawanan ini juga seorang awang import berusia 21 tahun dari Argentina, Guido Carloni turut diuji.