Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Sazali Terus Fokus Jalani Latihan

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Walaupun masih  lagi menunggu keputusan rayuan hukuman daripada Persatuan  Bina Badan Malaysia(PBBM), Sazali terus  fokus menjalani latihan harian dan komited terhadap tugasan. 

Walaupun masih belum mendapat maklumbalas daripada pihak persatuan, Atlet berusia48 tahun ini tetap meletakkan harapan tinggi agar rayuannya diterima.

Ini kerana semangatnya  bertanding masih lagi tinggi. 

Sazali sebelum ini dijatuhi hukuman pergantungan 4 tahun selepas gagal ujian doping yang dilakukan sebelum menyertai Kejohanan Bina Badan Asia ke 49. 

Hukuman berkuatkuasa 22 September lalu. 

Walaubagaimanapun Sazali diberikan tempoh selama 3 minggu bermula dari tarikh hukuman untuk mengemukakan rayuan.