Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Skuad Hang Tuah Pasang Impian

  • Published in Sukan

Melaka - Juara Liga FAM musim lalu, Melaka United , MU, kini lebih bersedia menghadapi saingan Liga Perdana 2016 buat pertama kali sejak lima tahun beraksi di Liga FAM.

Tajaan 6 juta ringgit daripada menambah semangat Hang Tuah untuk kembalikan gemilang di stadium hang Jebat.
 
Biarpun berjaya menunjukkan persembahan meyakinkan dalam beberapa perlawanan persahabatan pra musim, namun ujian sebenar adalah aksi dalam saingan liga yang akan bermula bulan ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Idris Haron meminta para pemain Skuad Hang Tuah supaya tidak terlalu yakin dalam mengharungi saingan Liga Perdana musim ini.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Jersi Baharu dan Penaja Pasukan Melaka United 2016 di Banda Hilir Melaka.