Thursday, February 21, 2019
vital-top
updated 1:31 PM UTC, Feb 21, 2019

Tenis Terbuka Australia - Andy Murray Ke Separuh Akhir

  • Published in Sukan

Melbourne - Bintang tenis Britain, Andy Murray meneruskan langkah ke separuh akhir selepas menundukkan pemain Sepanyol, David Ferrer pada Rabu. 

Ia merupakan kejayan keenam buat Murray melangkah ke separuh akhir di Terbuka Australia. 

Pilihan kedua kejohanan, Andy Murray nyata tidak mengecewakan apabila memperagakan aksi terbaikya ketika berdepan David Ferer. 

Set pertama, hanya 3 mata dilepaskan Murray sebelum merangkul kemenangan 6-3 dengan forehand kemas. 

Namun, seperti biasa Ferer mempamer aksi melawan di set kedua apabila mengajak Murray ke penentuan tie break selepas mengikat kedudukan 5 sama. 

Set ketiga, Murray enggan membenarkan Ferer selesa sekaligus mencatat kemenangan 6-2 dan menutup set keempat dengan kemenangan 6-3. 

Turut mara ke separuh akhir ialah pemain Kanada, Milos Raonic. 

Beliau mengatasi pemain Perancis, Gael Monfils dalam pertarungan 4 set, sekaligus mencatat sejarah mara ke separuh akhir Terbuka Australia buat kali pertama. 

Milos Raonic akan bertemu Andy Murray di separuh akhir.

 

Dalam aksi perseorangan wanita, Johanna Konta dari Britain mengatasi pemain pusingan kelayakan dari China, Zhang Shuai dalam pertarungan straight set. 

Konta yang mencatat sejarah baharu tenis Britain bakal berdepan pemain Jerman, Angelique Kerber di separuh akhir selepas pemain itu mengecewakan bintang tenis Belarus, Victoria Azarenka.