Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

NV Bakal Tampil Sebagai Penaja

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Satu lagi syarikat kosmetik gergasi tempatan, Nouvelles Visage (NV), bakal tampil menaja salah sebuah pasukan liga malaysia. 

Biarpun masih berahsia mengenai pasukan mana yang akan ditaja, pengarah urusannya Erni Dekritawati Yuliana Buhari berkata perbincangan kini telah mencapai tahap 50 peratus. 

Dihampiri oleh tiga pasukan sebelum ini Erni Dekritawati bagaimanapun menjelaskan dia sendiri telah meminta pandangan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai tajaan tersebut. 

Perbincangan lanjut  masih berjalan, apa yang penting adalah pulangan yang diterima syarikatnya andai muncul selaku penaja kelak. 

Rita bagaimapun tidak menidakkan kemungkinan samada dia akan meletakkan syarat pelik kepada pasukan terbabit kelak. 

Menurut sumber, pasukan yang bakal mendapat tajaan mewah daripada NV adalah daripada Liga Super. 

Musim liga malaysia kali ini, meriah dengan tajaan mewah daripada syarikat-syarikat kosmetik tempatan antaranya tajaan lebih 16 juta ringgit daripada Vida Beauty Sdn Bhd untuk pasukan Kelantan. 

Rita ditemui ketika perasmian IDOL SPA KBS-NV di Menara KBS, semalam.

Ia merupakan salah satu inisiatif kerjasama strategik antara KBS  dan IKBN dengan Syarikat NV dalam melaksanakan konsep pembelajaran dalam suasana sebenar industri secara aktif.