Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

MotoGP 2016 - Yamaha Pilih M1

  • Published in Sukan

Barcelona - Menjelang saingan Motogp 2016, pasukan Yamaha mengambil langkah awal memperkenalkan motosikal  baharu yang akan digunakan sepanjang musim ini. 

M1 akan menjadi tunggangan dua pelumba Yamaha, iaitu Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi. 

Majlis memperkenalkan jentera baharu Yamaha berlangsung di Barcelona, Sepanyol. 

Pasukan Yamaha amat mengharapkan dua penunggangnya, iaitu juara bertahan, Jorge Lorenzo dan rakan sepasukan yang lagenda motogp, Valentino Rossi atau The Doctors cepat menyesuaikan diri dengan motosikal M1. 

Sasaran pasukan Yamaha adalah sekali lagi mendominasi saingan motogp musim ini. 

Musim 2015, Lorenzo dan Rossi berjaya memenangi  11 daripada 18 pusingan yang berlangsung menyaksikan Lorenzo muncul juara dunia secara kontroversi. 

Sementara, Rossi muncul naib juara hanya dibezakan dengan lima mata. 

Yamaha turut juga menguasai kategori pengeluar menewaskan dua pengeluar besar lain termasuk Honda. 

Musim ini kesemua pasukan hanya akan menggunakan tayar Michelin bagi memberi lebih keadilan kepada setiap pasukan. 

Pasukan Yamaha akan menjalani sesi latihan dan ujian pra musim di Litar Antarabangsa Sepang pada 1 Februari depan dan akan diteruskan di Litar Philip Island serta Qatar sebelum musim baharu bermula pada 20 Mac depan.