Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 2:15 PM UTC, Feb 17, 2019

Hantar Pemain Muda Harungi Kelayakan Piala Thomas - Timbalan Presiden BAM

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Timbalan presiden persatuan badminton malaysia, BAM, Datuk Seri Norza Zakaria mempertahankan pendirian persatuan yang mengambil keputusan untuk menghantar barisan pemain muda ke Hyderabad untuk mengharungi kelayakan Piala Thomas.    

Sudah masanya untuk BAM mengambil risiko besar untuk mengetengahkan pemain muda di pentas yang lebih tinggi. 

10 pemain lelaki dan wanita yang dipilih oleh BAM berdasarkan penilaian yang telah dijalankan pengarah teknikal BAM, Morten Frost Hansen. 

Menurut BAM, sudah tiba masanya untuk Malaysia menumpukan perkembangan pemain muda. 

Pemilihan skuad negara untuk mengharungi saingan kelayakan badminton Piala Thomas dan Uber mendapat reaksi kurang senang daripada bekas pemain. 

Juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkifli dan Juara sirkit kebangsaan 2015, Iskandar zulkarnain antara 10 pemain lelaki untuk menghadapi Piala Thomas. 

Manakala tiga perseorangan utama wanita Tee Jing Yi, Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying antara 10 nama yang membarisi skuad Piala Uber.