Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 3:15 PM UTC, Apr 18, 2019

Tenis Terbuka Australia Petro Kvitova, Carla Suarez Navarro dan Kei Nishikori Ke Pusingan Kedua

  • Published in Sukan

Melbourne - Petro Kvitova, Carla Suarez Navarro dan Kei Nishikori masing-masing mudah mara ke pusingan kedua dalam aksi straight set pada Isnin. 

Namun pemian pilihan ke-17 Sara Errani gagal ke pusingan seterusnya tewas kepada  Margarita Gasparyan dari Rusia. 

Pilihan keenam Petra Kvitova, semi finalis 2012 itu menumpaskan Luksika Kumkhum dari Thailand dengan kemenangan 6-3, 6-1. 

Carla Suarez Navarro dari Sepanyol pula diberi sedikit tentangan oleh Viktorija Golubic sebelum catat kemenangan 7-5, 6-4 dan mara ke pusingan kedua. 

Namun, nasib tidak menyebelahi pilihan ke17 Sara Erani. 

Pemain Itali itu menang selesa 6-1 di set pertama namun Margarita Gasparyan bangkit dengan catat kemenangan 7-5, 6-1 di dua set berikutnya sekaligus menyingkirkan Sara Erani. 

Dalam pada itu, Kei Nishikori muncul pemain lelaki pertama untuk menempah slot di pusingan kedua, grand slam pertama tahun ini apabila berjaya menumpaskan Philipp Kohlschreiber 6-4, 6-3, 6-3.