Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 2:09 PM UTC, Feb 17, 2019

Golf - Haydn Porteus Juara Kejuaraan Terbuka Joburg

  • Published in Sukan

Johannesburg - Pemain tuan rumah, Haydn Porteus berjaya meraih kejuaraan pertamanya dalam Jelajah Eropah selepas menamatkan hari terakhir dengan catatan 69 pukulan, 3 dibawah par. 

Kejayaan ini sekaligus memberikannya tempat ke Kejohanan Major The Open Julai depan. 

Pada aksi yang berlangsung di Kelab Golf Diraja Johannesburg, Haydn menumpaskan rakan senegara, Zander Lombard untuk muncul juara. 

Pusingan terakhir pada Ahad menyaksikan Daniel Im melakukan 70 pukulan untuk menamatkan kejohanan dengan 15 di bawah par, di kedudukan ketiga. 

Pemain England, Anthony Wall pula gagal menyerlah kali ini walaupun  berkongsi kedudukan pendahulu memasuki pusingan ketiga. 

Wall terpaksa berkongsi hadiah kemengan dengan Im, Bjorn Akesson dan Justin Wars yang menamtkan cabaran di tempat ketiga. 

Lombard, yang baru berusia 20 tahun turut beraksi baik dengan mengumpul 16 di bawah par keseluruhan namun masih belum cukup untuk menyaingi Haydn. 

Lombard bagaimanapun berjaya melayakkan diri ke The open. 

Haydn, melakukan birdie pada jarak dua kaki melonjakkan pemain berusia 21 tahun itu sebagai juara dengan kelebihan dua pukulan. 

Ia juga merupakan kejuaraan pertama jejalah eropah bagi Haydn yang turut akan beraksi di The Open di Scotland.