Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Piala Eurasia 2016 - Malaysia Terus Jadi Tuan Rumah 2018

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Malaysia sekali lagi akan menjadi tuan rumah Kejohanan Golf Piala Eurasia pada edisi ketiga 2018 nanti. 

Pengumuman Perdana Menteri selepas majlis penyampaian trofi kejuaraan itu sekaligus menamatkan spekulasi samada Piala EURASIA akan terus kekal dianjurkan Malaysia dalam tempoh 2 tahun akan datang. 

Datuk Seri Mohd Najib dalam ucapan penutup berkata, pasukan Asia berhak mendapat satu lagi peluang merebut kejuaraan pada edisi ketiga dijadual berlangsung pada 2018. 

Tambah beliau, kejohanan ini semakin mendapat liputan meluas dan sambutan peminat tempatan begitu membanggakan, sekaligus membuktikan Piala EURASIA semakin mendapat pengiktirafan. 

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Eropah diketuai Darren Clarke yang menjuarai edisi kedua kejohanan selepas kedua-dua pasukan berkongsi trofi pada edisi pertama.