Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Chris Foome Terus Bersama Pasukan Sky

  • Published in Sukan

Sepanyol - Juara Jelajah Berbasikal Tour de France, Chris Froome akan terus bersama Pasukan Sky hingga musim 2018 selepas menyambung kontraknya bersama pasukan itu untuk tempoh dua tahun lagi. 

Chris Foome mengesahkannya ketika ditemui semasa menjalani latihan di pusat latihan pasukannya di Mallorca, Sepanyol. 

Ketua pasukan Sky ini menjuarai Tour de France pada 2013 selepas membantu rakan sepasukan Bradley Wiggins menjadi juara pada tahun sebelumnya. 

Tahun lepas Foome kembali merangkul jersi kuning selaku juara keseluruhan. 

Fokus juara berusia 30 tahun ini adalah mahu mengekalkan gelaran juara yang dimenangi seterusnya meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Rio di Brazil Ogos nanti. 

Sky turut menyambar pelumba Sepanyol Grand Tour dari pasukan Astana, Mikel Landa dan bekas juara lebuhraya dunia Michal Kwiatkowski daripada pasukan Etixx-Quick-Step bagi mengharungi saingan musim ini.