Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Brandon Stone Muncul Juara Golf Terbuka Afrika Selatan

  • Published in Sukan

Afrika Selatan - Pemain tuan rumah, Brandon Stone melengkapkan kejuaraan Jelajah Eropah pertamanya biarpun beraksi buruk pada hari terakhir. 

Stone mengatasi rakan senegara dengan kelebihan 2 pukulan. 

Stone menamatkan pusingan keempat dengan catatan 14 di bawah par keseluruhan pada aksi penuh emosi di Kelab Golf Glendower, dua pukulan di hadapan rakan senegara, Christiaan Bezuidenhout. 

Pemain berusia 22 tahun itu mencatat 71 pukulan pada pusingan terakhir, catatan yang melibatkan tujuh birdie dan enam bogey pad aksi yang berlangsung dalam cuaca panas terik. 

Sementara Bezuidenhout, 21 tahun melakukan 67 pukulan, lebih baik berbanding Stone untuk 12 di bawah par keseluruhan. 

Di kedudukan ketiga, pemain Inggeris Daniel Brooks yang melakukan bogey di lubang terakhir untuk catatan 11 dibawah par keseluruhan.