Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 3:15 PM UTC, Apr 18, 2019

Marko Grujic Kini Milik Liverpool

  • Published in Sukan

Liverpool muncul kelab pertama menandatangani pemain baharu pada jendela perpindahan pemain bulan Januari. 

The Reds melengkapkan perpindahan bintang Red Star Belgrade dari Serbia, Marko Grujic.

Pemain berusia 19 tahun itu dibeli dengan nilai 5.1 juta pound dengan kontrak 4 tahun.

Grujic yang juga bintang muda Serbia merupakan pembelian pertama Jurgen Klopp musim ini. 

Bagaimanapun, Liverpool tidak akan menggunakan Grujic dalam saingan musim ini kerana pemain itu dipinjamkan kepada kelab lamanya,Red Star Belgrade sehingga Julai depan.

Liverpool menewaskan CSKA Moscow dan Zenit St Petersburg untuk mendapatkan tandatangan Grujic.