Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Apr 21, 2019

Carlos Kahe Tiba 12 Januari Ini - KFA

  • Published in Sukan

Alor Setar - Penyerang import terbaharu Kedah dari Brazil, Carlos Kahe, dijangka tiba di Alor Setar 12 Januari ini, tiga hari lebih awal berbanding tarikh yang ditetapkan sebelum ini. 

Perkara itu disahkan Setiausaha Kehormat, Persatuan Bolasepak Kedah KFA, Aminuddin Omar. 

Menurut Aminuddin, kehadiran pemain yang berusia 33 tahun itu akan memperkuatkan jentera serangan pasukan Lang Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini. 

Selain Carlos, Kedah mengekalkan tiga pemain import musim lalu iaitu Sandro Da Silva Mendonca, Liridon Krasniqi dan Bang Seung Hwan. 

Kedah turut mendapatkan khidmat tiga pemain tempatan iaitu Ahmad Fakri Saarani dan Amar Rohidan dari Kelantan serta Azmeer Yusof dari Perak. 

Sementara itu, KFA masih menanti jawapan daripada Jurulatih Kecergasan pasukan dari Sepanyol, Ramon Marcote mengenai tawaran sebagai Penolong Jurulatih pasukan Hijau Kuning untuk musim ini. 

Ramon ketika ini sedang bercuti bersama keluarga di negaranya. 

Ramon telah membuktikan kewibawaannya ketika menggantikan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe apabila membawa Kedah mara ke final Piala Malaysia musim 2015.