Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

Khairy Mahu KOM Buat Pengesahan Catatan Masa Badrul

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kontroversi rekod kebangsaan 100 meter yang dicipta Badrol Hisyam Abdul Manap mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 

Khairy mahu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) membuat pengesahan catatan masa tersebut. 

Beliau mendakwa, segala maklumat berkaitan catatan masa badrol sudahpun disediakan Kementerian Pendidikan. 

Justeru, KOM perlu membuat keputusan mengenai pengesahan pencapaian badrol itu. 

Rekod kebangsaan yang dicatat Badrol pada Temasya Sukan Sekolah Asean baru - baru ini difahamkan tidak sah apabila tidak mengikut sepsifikasi yang ditetapkan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa IAAF.