Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

FIG Wujud Badan Khas Siasat Kes Gangguan Seksual Atlet

  • Published in Sukan

LAUSANNE - Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) akan menubuhkan sebuah badan khas bagi menyiasat kes gangguan seksual terhadap atlet skuad Olimpik Amerika Syarikat.

Presidennya, Morinari Watanabe berkata, beliau tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh bekas doktor skuad berkenaan, Larry Nassar.

Disember lalu, Nassar dijatuhi hukuman penjara 60 tahun bawah akta pornografi.

Dia dituduh mengganggu lebih daripada seratus wanita termasuk atlet Olimpik Amerika.

((AFP))