Bola Sepak : AC Milan Ke Separuh Akhir Piala Itali
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Published in Sukan
Jaringan gol pemain remaja AC Milan, Patrick Cutrone pada masa tambahan, membantu pasukannya menempah tiket ke separuh akhir, sekaligus menyingkirkan Inter Milan dengan 1-0.
Pemain berusia 19 tahun itu membolosi gawang pasukan lawan pada minit ke 109 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
AC Milan dijadual bertemu kelab Rome, Lazio yang menewaskan Fiorentina 1-0.
Sumber : AFP