Thursday, February 21, 2019
vital-top
updated 1:31 PM UTC, Feb 21, 2019

Sepasang suami isteri merayu anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak Disember 2017 agar kembali ke pangkuan keluarga

JERANTUT - Sepasang suami isteri merayu anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak Disember 2017 agar kembali ke pangkuan keluarga dengan segera.

Raihan Syafina Mohd Robie, 19 tahun, yang berasal dari Taman Cempaka, di Jerantut dikatakan keluar dari rumahnya selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

 Bapanya, Mohd Robie Majid, 46 tahun, berkata, anak kedua daripada lima beradik itu pulang ke rumah selepas tamat SPM dua tahun lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura sebelum menghilangkan diri.

Menurutnya, telefon bimbit telah dihubungi namun tiada jawapan, membuatkan mereka sekeluarga terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut.

Raihan dipercayai keluar bersama seorang rakan perempuannya yang turut menghilangkan diri sehingga hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat terkini mengenai Raihan boleh menghubungi Mohd Robie di talian 013-9050072 atau balai polis berhampiran.

((RTM PAHANG/IRA))

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 27