Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

IMIGRESEN KEDAH TAHAN 20 WARGA ASING DALAM OP BERSEPADU.

 

SUNGAI PETANI - Tindakan segelintir warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran dan tidak mempedulikan undang-undang negara akhirnya mengundang padah. Dalam operasi selama 9 jam berakhir pukul 8.45 malam tadi, 20 warga asing daripada pelbagai warga ditahan Jabatan Imigresen Kedah dalam Ops Bersepadu di sekitar bandar Sungai Petani, Kedah.

Menurut Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin, operasi yang disertai 17 pegawai imigresen itu tertumpu di dua buah pasar raya dan beberapa premis perniagaan. Sebanyak 149 warga asing pelbagai warganegara diperiksa. Hasilnya, 20 orang ditahan melibatkan seorang lelaki warga Nepal, 7 lelaki warga Myanmar, 3 lelaki warga Bangladesh, 1 lelaki dan 2 wanita warga Indonesia, 3 lelaki Pakistan serta 3 lelaki warga India.

Selain tiada dokumen perjalanan yang sah, mereka yang berumur antara 20 hingga 52 tahun kebanyakannya turut melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan melanggar atau gagal mematuhi syarat-syarat pas atau permit imigresen. Ke semua mereka ditahan di lokap Imigresen, Bangunan KDN Alor Setar untuk siasatan dan akan diserahkan ke Depot Imigresen Belantik, Sik untuk tindakan susulan.

((RTM KEDAH / FAKHRUL))

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 108