Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 10:38 AM UTC, Feb 17, 2019

Grand Prix Of The Sea, Bantu Jenamakan Labuan Pulau Sukan Air

  • Published in Berita Semasa

 

LABUAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan sokongan berhubung hasrat Labuan menjadikan pulau bebas cukai ini sebagai pusat sukan air antarabangsa dengan penganjuran P1 Powerboat World Cup.

Katanya perjanjian yang melibatkan Yayasan Pembangunan Labuan (YPL), Labuan Marine Motorsports Malaysia Limited dan Yin Fu Labuan Investment Corporation dalam memajukan sukan lumba bot antarabangsa itu akan membantu sektor pelancongan Labuan.

Sukan lumba bot antarabangsa yang dikenali sebagai Labuan Grand Prix of the Sea akan menyaksikan acara tahunan Powerboat P1 World Cup berjalan sekurang-kurangnya lima tahun.

Acara di bawah naungan badan pentadbir dunia sukan air maritim bermotor Union Internationale Motonatique (UIM) bakal menyediakan pemasaran destinasi unik untuk Labuan dengan liputan media antarabangsa.

 

Powerboat ini boleh menjadi satu tarikan dengan liputan meluas media antarabangsa dan seterusnya membantu memperkukuhkan jenama baru Labuan sebagai pulau yang terkenal dengan sukan ekstrem.

((BERNAMA: BERNAMA))