Monday, March 18, 2019
vital-top
updated 2:06 PM UTC, Mar 18, 2019

Sebanyak tujuh buah tong mencurigakan ditemukan di bawah jambatan Sungai Sembilang

JOHOR BAHRU - Sebanyak tujuh buah tong mencurigakan ditemui di bawah jambatan Sungai Sembilang,  berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor. 

Penemuan itu mencetuskan panik kepada penduduk Taman Tanjung Puteri Resort berikutan kes pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang masih belum reda. 

Tinjauan RTM mendapati kesemua tong berwarna biru itu mengandungi cecair berwarna hitam dan berbau seperti cuka.

 

Menurut salah seorang penduduk, Ahmad Roh Ariffin, auan telah dibuat kepada pihak berkuasa mengenai perkara tersebut pada 14 Mac lalu, namun tiada tindakan diambil. 

Tinjauan RTM petang tadi turut mendapati  Jabatan Alam Sekitar telah mengambil sampel bahan tersebut untuk dikaji selain pemantauan oleh pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Johor.

Kedua-dua jabatan berkenaan dilihat melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan sungai kira-kira 30 minit. 

((RTM JOHOR/NUR AQEELA))

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 110