Saturday, April 20, 2019
vital-top
updated 1:59 PM UTC, Apr 20, 2019

Cadangan kadar gaji minimum diserah kepada kerajaan tahun depan

Foto - RTM Pahang

BENTONG - Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Minimum dijangka menyerahkan syor berhubung kadar gaji minimum baharu kepada kerajaan selewat-lewatnya Ogos tahun depan.

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata pada masa ini jawatankuasa itu masih pada peringkat mendapatkan pandangan pihak berkepentingan.

Jelasnya, bagi menentukan kadar gaji minimum, Majlis Jawatankuasa Gaji Minimum yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Steve Shim akan mengambil pandangan daripada pihak berkaitan sebelum membuat cadangan kepada kerajaan.

Tambahnya, selepas dicadangkan kepada Menteri, perkara tersebut akan dibawa ke Kabinet yang akan membuat keputusan muktamad.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Kem Kesihatan Karak 2019 di Perkarangan Sekolah SMK Karak Setia di Bentong, Pahang.

Sebelum ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa pihak kerajaan meningkatkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 agar dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat terutama golongan muda.

 

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 110