Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Sokong Inisiatif Pembentukan Dasar Komuniti Negara, Hasil Inisiatif Tun M - Gobind

SELANGOR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo turut menyokong inisiatif pembentukan Dasar Komuniti Negara, hasil inisiatif Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya pihak kementerian akan membantu meningkatkan kemudahan jalur lebar di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) yang mampu membantu memperkasa ekonomi masyarakat setempat.

Tambahnya, saranan Perdana Menteri untuk rakyat mempertingkatkan kehidupan dengan memperbaiki ekonomi masing-masing akan dapat dibantu dengan kewujudan teknologi seperti jalur lebar di rumah.Dengan kemudahan internet, penduduk sesebuah kawasan dapat menjana pendapatan dari rumah melalui perniagaan dalam talian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Puchong ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Dasar Komuniti Negara di Padang Awam Taman Puchong Indah, Selangor.

 

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 46