Saturday, April 20, 2019
vital-top
updated 1:59 PM UTC, Apr 20, 2019

Trend Pasang Dashcam Satu Perkembangan Positif - MIROS

  • Published in Nasional

                                                                                           FOTO: GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR - Trend pemasangan kamera 'dashboard' atau 'dashcam' dalam kenderaan oleh pemilik kenderaan terutama golongan muda sekarang ini adalah satu perkembangan yang positif.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak berkata ia memandangkan dashcam mampu merekodkan pelbagai kejadian di atas jalan raya boleh dijadikan sebagai maklumat tambahan untuk mengenal pasti punca sesuatu kemalangan.