Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

44 Negara Mengesahkan Penyertaan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2018

  • Published in Nasional

                                                     Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2018

JOHOR BHARU-44 negara mengesahkan penyertaan dalam Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2018 yang dijadual berlangsung di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang, pada 28 Februari hingga 4 Mac .

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew berkata; seperti tahun-tahun sebelumnya, festival itu mempertandingkan 21 kategori seperti Layang-Layang Paling Kreatif, Layang-Layang Ciptaan 3D, dan pertandingan Wau Daun Secara Tradisional.

Bertemakan Memperkasa Komuniti Dunia', festival bakal dimeriahkan 250 peserta dari pelbagai negara termasuk Belgium, Brazil, Ireland dan Jepun, selain 810 peserta tempatan.

Beberapa acara lain turut diketengahkan, termasuk persembahan istimewa Eco World Symphony Drummer, pelancaran buku "Keunikan Pertandingan Wau Tradisi Kebanggaan Malaysia" dan persembahan layang-layang bercahaya komuniti 24 Zon dalam Pasir Gudang.

((SUMBER:RTM JOHOR))