Saturday, April 20, 2019
vital-top
updated 1:59 PM UTC, Apr 20, 2019

Gangguan Bekalan Air Di Gombak Dan Hulu Selangor - SYABAS

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR- Beberapa kawasan di Gombak dan Hulu Selangor dijadual mengalami gangguan bekalan air sementara mulai Rabu hingga Jumaat ini

Ia berikutan kerja-kerja pemasangan perkakasan sistem agihan air.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam kenyataan hari ini menyatakan kawasan terlibat ialah Taman Ehsan, Taman Desa Jaya dan Kampung Kepong Ulu di Gombak; sebahagian Fasa 3, keseluruhan Fasa 4, 5,7, 8 dan 9 di Taman Sri Gombak serta Kampung Melayu Sri Gombak.

Kawasan lain yang terjejas ialah New Green Park, Taman Rawang Jaya, Kampung Lim Tan, keseluruhan Bukit Rawang Putra dan pekan Rawang di Hulu Selangor.

Orang ramai dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja penambahbaikan berkenaan dilakukan pada tarikh tersebut.

Segala usaha akan diambil bagi menyiapkan kerja-kerja tersebut secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat

((SUMBER: BERNAMA))