Saturday, April 20, 2019
vital-top
updated 1:59 PM UTC, Apr 20, 2019

Laporan peguam khas, Rober Mueller ; Trump tidak bersekongkol dengan Rusia

WASHINGTON - Laporan peguam khas, Rober Mueller berhubung siasatan campur tangan Rusia ketika pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016 mendapati Presiden Donald Trump atau pasukan kempennya, tidak menjalin kerjasama atau berkomplot dengan pihak Rusia.

Peguam Negara, Bill Barr ketika mengumumkan laporan tersebut berkata, hasil siasatan lebih dua tahun itu turut mendedahkan bahawa bukti tidak mencukupi untuk mendakwa Trump telah melakukan kesalahan menghalang keadilan.

Justeru laporan tersebut tidak menyimpulkan presiden telah melakukan kesalahan jenayah, namun ia tidak juga membebaskannya.

Menurut Barr, laporan Mueller juga mengesahkan pasukan kempen Trump menaruh harapan untuk mendapat manfaat daripada tindakan Moscow melakukan penggodaman fail dan komunikasi kempen calon Demokrat, Hillary Clinton.

Ia berdasarkan pertemuan pada Jun 2017 dengan seorang peguam Rusia di Menara Trump.

Bagaimanapun, disebabkan mesyuarat itu tidak menyumbang sesuatu kepada kempen Trump, Mueller memutuskan pertemuan itu, tidak sampai ke tahap konspirasi jenayah.


((AFP))




  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 88