Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 10:39 AM UTC, Apr 18, 2019

Pengiktirafan Palestin Sebagai Sebuah Negara

  • Published in Berita Dunia

Slovenia berharap anggota parlimennya akan mengundi usul mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara ; sekali gus menjadi negara kedua dalam Kesatuan Eropah (E-U) yang berbuat demikian.

Menteri Luar, Karl Erjavec berharap anggota E-U yang lain dapat mengambil pendirian yang sama.

Katanya, dengan mengiktiraf Palestin, ia akan mengukuhkan rundingan damai Asia Barat. Jawatankuasa Parlimen bagi hubungan luar Slovenia akan bermesyuarat di Ljubljana , hujung bulan untuk meluluskan usul berkenaan ,sebelum dibawa ke Parlimen pada Mac atau April depan.

Sebelum ini, Sweden merupakan negara pertama mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada tahun 2014. Manakala, lapan negara lain, berbuat demikian sebelum memasuki E-U iaitu Republik Czech, Slovakia, Hungary, Bulgaria, Romania, Malta dan Cyprus.

Dalam pada itu, Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence berjanji untuk memindahkan Kedutaan negara itu ke Baitulmaqdis, hujung tahun depan.

Dalam ucapannya di parlimen Israel , Pence turut menggesa pemimpin Palestin untuk kembali ke meja rundingan.

Katanya, perdamaian hanya boleh dicapai menerusi rundingan.

Ucapan Pence itu menyaksikan berpuluh-puluh penggubal Arab, diusir keluar selepas mereka menjerit menegaskan Baitulmaqdis, ibu negara Palestin.

Pengusiran tersebut mendapat tepukan gemuruh daripada ahli parlimen Israel termasuk P erdana Menteri, Benjamin Netanyahu .

((SUMBER: AFP))