Saturday, April 20, 2019
vital-top
updated 1:59 PM UTC, Apr 20, 2019

Presiden Presiden, Mahmud Abbas Akan Menggesa Kesatuan Eropah (EU) Mengiktiraf Secara Rasmi Negara Palestin

  • Published in Berita Dunia

PALESTIN - Presiden Presiden, Mahmud Abbas akan menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf secara rasmi negara Palestin.

Gesaan bakal dibuat dalam pertemuannya dengan para menteri luar blok itu di Brussels pada Isnin.

Menteri Luar Palestin, Riad al-Maliki berkata, Abbas akan meminta EU mengambil langkah, susulan tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Pemimpin Palestin itu juga akan memperbaharui komitmen beliau terhadap proses damai di Asia Barat.

((SUMBER:AFP))