Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Lapan Sekeluarga, Antara 11-orang Awam Syria Yang Terbunuh Dalam Serangan Udara Tentera Turki

  • Published in Berita Dunia

SYRIA - Lapan sekeluarga, antara 11-orang awam Syria yang terbunuh dalam serangan udara tentera Turki.

Kematian dilaporkan di kampung Jalbara, wilayah Afrin pada hari kedua operasi mengusir Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) yang dianggap Ankara sebagai kumpulan pengganas.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, mereka yang terbunuh termasuk lima kanak-kanak.

Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB akan membincangkan mengenai krisis kemanusiaan di Syria yang semakin meruncing, selepas tentera Turki melancarkan operasi memerangi militia Kurdish.

Mesyuarat tertutup itu dijangka berlangsung pukul 11.30-pagi Isnin. Ia diadakan atas permintaan Perancis.

((SUMBER: AFP))