Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 10:39 AM UTC, Apr 18, 2019

Rang undang-undang Diperkenal Ketatkan Syarat Perjanjian Nuklear Iran

  • Published in Berita Dunia

Rusia memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB bahawa kegagalan perjanjian nuklear Iran akan menghantar mesej yang membimbangkan kepada dunia.

Ini termasuk usaha kompromi bagi memujuk Korea Utara menghapuskan senjata nuklearnya.

Menteri Luar, Sergei Lavrov berkata, perjanjian 2015 yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) adalah satu kejayaan diplomatik yang penting.

Satu Rang undang-undang diperkenalkan dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat bagi mengetatkan syarat-syarat perjanjian Nuklear Iran , meskipun perubahan ke atas perjanjian itu ditolak oleh Tehran.

Akta Kebebasan dan Sekatan Iran itu dicadangkan oleh Peter Roskam dan disokong oleh Liz Cheney, dua orang anggota Republikan di Dewan Perwakilan.

((SUMBER :AFP))