Thursday, February 21, 2019
vital-top
updated 1:31 PM UTC, Feb 21, 2019

Lapan Artis Popular 80-an Adakan Konsert Ahad Ini

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Lapan artis popular 80-an bakal membuat persembahan dalam Konsert Setangkai Irama 80-an yang akan berlangsung di Putrajaya Ahad ini.

Mereka terdiri daripada Datuk Nassier Wahab, Rohana Jalil, Shidee, Ibnor Riza, Raja Ema, Zur Eda, Razis Ismail dan Salwa Abd Rahman selain Fauziah Ahmad Daud selaku pengacara konsert itu.

Penaung konsert Datuk Seri Raja Rezza Shah berkata konsert itu yang akan diadakan di Restoran D'Empangan Udang Galah itu ?bertujuan memberi peluang kepada artis lama untuk kembali membuat persembahan selain sebagai penghargaan kepada peminat mereka.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada artis 80-an ini untuk mempersembahkan lagu-lagu hangat mereka yang masih berbisa,"

Beliau berkata berkata kepada Bernama selepas ditemubual dalam rancangan Nine11 terbitan Bernama News Channel hari ini.

Raja Rezza Shah berkata konsert itu akan bermula pada 8.30 malam dan selain berhibur, menerusi konsert ini juga pihaknya akan menyalurkan sumbangan kepada penduduk terjejas banjir di Pahang.

((SUMBER: BERNAMA))