Saturday, April 20, 2019
vital-top
updated 1:59 PM UTC, Apr 20, 2019

PROTON Sasar Jualan Kenderaan 150 Ribu Unit Tahun Ini

Petaling Jaya - Proton Holdings Berhad menyasarkan peningkatan jualan kenderaan keluarannya tahun ini menjadi 150,000 unit berbanding 100,000 unit tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata peningkatan ini didorong pengenalan 3 model baru yang dirancang bagi tahun 2016.

Beliau bercakap demikian pada sidang media sempena Majlis pelantikan pengedar-pengedar Baharu Proton.

Dalam pada itu, Proton mengumumkan di bawah kerjasama strategik dengan Suzuki Malaysia yang dipersetujui Jun tahun lalu, 29  pusat perkhidmatan jualan, servis, sistem dan alat ganti Suzuki akan diubahsuai menjadi cawangan Proton Edar.

Bagaimanapun pusat servis itu masih meneruskan perkhidmatan penyelenggeraan dan pembaikan untuk 48,000 model Suzuki di seluruh negara.




  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 377