Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 4:29 AM UTC, Dec 15, 2017

AMPLE Mahu Bantu Pesara Profesional Ceburi Bidang Keusahawan

  • Published in Ekonomi

 

Kuala Lumpur - Pertubuhan Profesional, Pemimpin dan Usahawan (AMPLE) mahu membantu lebih ramai pesara profesional untuk menceburi bidang keusahawanan di negara ini.

Presidennya, Ungku Anna Ungku Mohammed berkata menerusi AMPLE, pesara profesional serta generasi X (generasi yang lahir selepas era peperangan) dan U yang tidak mempunyai pengetahuan perniagaan mahupun jaringan kerjasama akan dibantu untuk terjun ke dunia keusahawanan.

"Melalui AMPLE, mereka ini akan diberi pendedahan melalui program mentor, teknologi maklumat serta bengkel mengenai bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan, pelan perniagaan termasuk pemasaran digital," katanya ketika berucap pada majlis Forum Probiz Klinik: Professionals Venturing Into Entrepreneurship.

Forum sehari itu yang dianjurkan AMPLE dengan kerjasama Pembangunan Keusahawanan Ikhtisas Wanita (KIW) dirasmikan oleh Penasihat KIW di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

Pada majlis itu Sharizat turut menyerahkan replika cek berjumlah RM1.3 juta kepada kepada 19 usahawan yang berjaya menerima pembiayaan di bawah Pembangunan Skim Usahawan Profesional Muda Bumiputera melalui peruntukan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN Nasional) dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain itu, Ungku Anna berhasrat agar melalui AMPLE jurang generasi antara 'Baby Boomers' (generasi yang hidup semasa dan selepas perang) dan Generasi X dan Y (generasi milenium) dapat bergerak bersama dan saling bertukar pandangan untuk melahirkan lagi banyak usahawan profesional.