Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

MSAM 2018 Dijangka Tarik 150 Ribu Pengunjung

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 yang bakal berlangsung di Stadium Batu Pahat, Johor dari 19 hingga 25 April ini dijangka menarik 150 ribu pengunjung.

Sejak mula dianjurkan pada tahun 2000 oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), MSAM telah berjaya menarik 3.6 juta pengunjung.
  
Jelas Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, penganjuran acara tahunan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai pelaburan dan perancangan kewangan.

Pengunjung yang hadir berpeluang memenangi hadiah utama berupa rumah teres unit tengah di Bandar Universiti Pagoh, yang bernilai 375 ribu ringgit.

Hadiah lain yang menanti pengunjung termasuk kereta Hyundai Ioniq Kappa 1.6 HEV Plus dan Toyota Vios 1.5 GX (AT).

((RTM / TV))