Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Rakyat Malaysia Suka Melancong - Presiden MATTA

  • Published in Ekonomi

Foto: BERNAMA

GEORGE TOWN - Rakyat Malaysia memang suka melancong.

Demikian menurut Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang.

Beliau berkata sejak 5 tahun yang lalu, peratusan pola perjalanan telah meningkat sebanyak 5 peratus setiap tahun, walaupun persepsi ekonomi tidak berapa bagus 

Antaranya termasuk  melancong ke destinasi domestik dan ASEAN.

Pada pemeran MATTA , antara  trend percutian ke destinasi lebih murah seperti China, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Jepun.

Beliau berkata demikian  pada sidang media selepas majlis perasmian Pameran MATTA Pulau Pinang oleh Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, di George Town, Pulau Pinang.

Beliau berkata ketika nilai ringgit Malaysia semakin kukuh, ia juga menunjukkan peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara.

Beliau juga gembira apabila mengetahui bahawa ramai pelancong dari seluruh dunia akan datang ke Malaysia.

Ketika ditanya mengenai jualan pada Pameran MATTA, Tan berkata Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kuching, Kota Kinabalu dan Melaka mencatatkan permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Terdahulu, dalam ucapannya,  Datuk Tan berkata pelancongan domestik adalah salah satu daripada penjana utama dalam industri pelancongan.

Menurut Kajian Pelancongam Domestik 2016, Pulau Pinang mencatatkan ketibaan pelancong domestik ke-2 tertinggi di negara ini dengan  mencatatkan pertumbuhan 7 peratus.

Sejumlah 134 gerai pameran terdapat pada Pameran MATTA Pulau Pinang yang berakhir pada 1 April.

((BERNAMA))