Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Ringgit Catat Paras Tertinggi Baharu Dalam Tempoh Lebih 31 Bulan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan peningkatan semalam untuk ditutup pada nilai tertinggi baharu dalam tempoh lebih 31 bulan hari ini, selepas mencecah paras tertinggi sebelum ini pada 4 Ogos, 2015.

Prestasi positif ringgit hari ini disokong minat belian berterusan susulan penyusutan mendadak semalaman penanda aras hasil bon Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS).

Pada 6 petang, mata wang tempatan naik 135 mata asas untuk ditutup pada 3.8620/8660 daripada 3.8755/8785 pada Selasa.

Ringgit merekodkan paras tertinggi sebelum ini pada 4 Ogos, 2015 iaitu 3.8520/8550 berbanding dolar AS.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata hasil bon AS semalaman bergerak kepada paras di bawah 2.79 peratus, menjadikan bon dalam denominasi ringgit sangat menarik dari segi perspektif dagangan.

((BERNAMA))