Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

MAHA 2018: Harapan Kerajaan Jadikan Wanita Penjana Ekonomi

  • Published in Ekonomi

ALOR SETAR – Pemilihan tema ‘Segalanya Wanita’ bagi Pameran  Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) memaparkan harapan tinggi kerajaan agar wanita menjadi penjana utama ekonomi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Usahawan Kedah  Datuk Suraya Yaacob berkata selain itu pameran berkenaan juga boleh menjadi sebagai pemangkin kepada perubahan ekonomi keluarga mereka.

Datuk Suraya berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri Program Jelajah Muafakat yang juga jualan sentuhan rakyat di tempat letak kereta Wisma Darulaman di sini, hari ini. 

MAHA 2018 yang bakal berlangsung pada 22 Nov hingga 2 Dis depan antara lain akan menjadi platform untuk menonjolkan usahawan wanita serta peranan golongan itu dalam industri agromakanan negara.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai wanita di negeri ini menjadi lebih berwawasan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sebagai usaha mengubah kehidupan keluarga masing-masing ke arah lebih baik lagi.

((BERNAMA))