Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 12:10 PM UTC, Jun 21, 2018

Harga Mingguan Petrol, Diesel Turun

  • Published in Ekonomi

                                                                     Foto: web KPDNKK

KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 turun 3 sen kepada RM 2.18 seliter manakala harga petrol RON97 turun 2 sen kepada RM2.45 seliter bermula tengah malam ini hingga 21 Mac.

Harga runcit diesel pula turun 1 sen kepada RM2.16 seliter,

Demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di laman sesawangnya hari ini.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 8 hingga 14 Mac, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.21 seliter, RON97 (RM2.47 seliter) dan diesel (RM2.17 seliter).

((BERNAMA))