Tuesday, September 18, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Purata Transaksi Bulanan Wang Digital Berjumlah RM75 Juta Pada Tahun 2017

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menganggarkan purata transaksi bulanan berkaitan dengan mata wang digital di negara ini pada tahun 2017 adalah sebanyak RM75 juta.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis bertarikh 12 Mac kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) yang diedarkan di Dewan Rakyat berkata bagaimanapun berkata mata wang digital itu  tidak diiktiraf sebagai mata wang sah di Malaysia ataupun mana-mana negara lain.

Ia berkata mereka yang menggunakan dan berdagang menggunakan mata wang digital adalah di atas risiko sendiri dan perlindungan pengguna tidak dijamin di bawah mana-mana undang-undang.

Katanya, berkuatkuasa 2 Jan 2018, mana-mana orang perseorangan atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti pertukaran mata wang kripto adalah diklasifikasikan sebagai institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasaan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

((BERNAMA))