Saturday, April 20, 2019
vital-top
updated 1:59 PM UTC, Apr 20, 2019

Program Free Market Di Setiap Mukim Di Kulim

  • Published in Ekonomi

KULIM - Pejabat Daerah Kulim bakal mengadakan Program Free Market di setiap mukim di daerah ini berikutan sambutan baik sebelum ini.

Pegawai Daerahnya, Mohamad Che Nai berkata, sejak diadakan Jun lalu, pihaknya menerima maklum balas yang sangat baik yang memohon program seumpama itu diteruskan.

Katanya  perancangan teliti perlu dilakukan agar program tersebut dapat dikembangkan ke mukim lain.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Free Market 3.0 yang diadakan di perkarangan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.

Program selama tiga hari yang bermula hari ini, menyaksikan lebih 10,000 pasang pakaian disumbangan orang ramai kepada mereka yang memerlukan di samping peralatan sekolah, permainan kanak-kanak serta peralatan rumah.

Mohamad berkata, program tersebut yang diadakan dengan kerjasama JKM, Majlis Perbandaran Kulim, Puspanita dan Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech diharap memberi manfaat kepada lebih 3,000 orang ramai yang memerlukan.

((SUMBER: BERNAMA ))