Monday, March 18, 2019
vital-top
updated 2:00 PM UTC, Mar 18, 2019

Kerugian Khazanah perlu dijelas pada rakyat - Tun M

Foto -RTM

MANILA - Khazanah NasionaL Berhad perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung kerugian yang dialami syarikat.

Tun Dr Mahahthir berkata, kerugian yang dicatat bukan mudah untuk dipulihkan namun Perdana Menteri yakin syarikat itu mempunyai perancangan rapi untuk mengatasi masalah yang di hadapi.

Jelas beliau mungkin Khazanah akan menggugurkan beberapa syarikat bagi menangani prestasi yang tidak memuaskan.

Khazanah mencatat kerugian sebelum cukai berjumlah RM6.27 bilion pada 2018 berbanding keuntungan RM2.896 bilion tahun sebelumnya.

Kerugian pertama sejak 2005 itu menyusut 21.6 peratus daripada RM116 bilion pada 2017.

 

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 360