Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

#mydigitalmaker sasar 30,000 pengunjung

CYBERJAYA - Karnival #mydigitalmaker 2019 bakal berlangsung pada 14 dan 15 September ini.

Program yang mendedahkan pelajar mengenai bidang teknologi digital dan pekerjaan masa hadapan itu diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Pengurus Kanan, Bahagian Pembangunan Bakat Teknologi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Sofia Akmal Abu Bakar berkata inisiatif #mydigitalmaker adalah menyediakan pelbagai platform khas untuk mengasah kemahiran pengekodan, pembangunan aplikasi, percetakan 3D, robotik, pengaturcaraan dan menganalisis data.

Karnival berkenaan akan dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo pada 14 September.

Pihak MDEC menjangkakan seramai 30,000 pengunjung hadir ke karnival yang menempatkan lebih 40 pempamer.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Teknologi
  • Jumlah paparan: 282