Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Kerajaan Timbang Cadangan Tubuh Pusat Data Berkaitan Sains, Teknologi Dan Inovasi

 

Putrajaya  - Kerajaan akan menimbang untuk menubuhkan sebuah pusat data terbuka bagi membolehkan pembuat keputusan atau pihak yang berkepentingan mendapatkan bukti berkaitan dengan sains, teknologi dan inovasi (STI).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata pangkalan data menyeluruh dan bersepadu di bawah kementeriannya itu merupakan antara syor dalam laporan Akademi Sains Malaysia (ASM).

"Penekanan yang kuat terhadap data dan bukti dalam laporan itu adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan pangkalan data," katanya pada sidang media selepas melancarkan Laporan 'Science Outlook 2015: Action Towards Vision'.

"Pangkalan data ini untuk memudahkan memeriksa inventori, perancangan dan intervensi penyampaian STI secara berkesan bagi memenuhi keperluan sosio-ekonomi," katanya.

Di samping itu, Tangau berkata pusat berkenaan merentas kementerian diperlukan bagi memastikan keharmonian usaha, kerjasama semua sumber dan pertukaran maklumat antara pelbagai pihak berkepentingan.

Pada majlis sama, Presiden ASM, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali berkata adalah tepat pada masanya untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menubuhkan pusat berkenaan berikutan pihaknya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan data utama bagi penyediaan Laporan 'Science Outlook 2015'.

  • Jumlah paparan: 511