Tuesday, November 21, 2017
vital-top
updated 9:53 AM UTC, Nov 21, 2017

Buat Pertama Kali, "Drone" Berjaya Hantar Pakej Ke Lokasi Kediaman

 

Reno, Nev, AS -. Sebuah "drone" telah berjaya menghantar pakej ke lokasi kediaman di sebuah bandar Nevada kecil dan pembuatn "drone" serta gabenor negeri Nevada berkata ianya adalah  penghantaran pertama cara menggunakan "drone" di Amerika Syarikat

CEO syarikat Flirtey, pembuat "drone" itu, Matt Sweeney berkata sebuah "drone" yang mempunyai enam pemutar itu menerbang kira-kira setengah batu mengikuti laluan penghantaran yang telah diprogramkan pada 10 Mac lepas dan menurunkan pakej di luar kediaman yang kosong di kawasan Hawthorne, Reno.

Laluan ini telah ditetapkan melalui penggunakan GPS.

Beliau berkata pakej itu termasuk air botol, barangan makanan dan kit pertolongan kecemasan.

"Mengadakan ujian penghantaran melalui "drone" yang pertama ini dalam persekitaran bandar adalah satu pencapaian yang besar, dan ini membawa kita lebih dekat pada hari yang mana "drones" mampu membuat penghantaran ke depan pintu anda," kata Sweeney.

Gabenor Nevada Brian Sandoval mengucapkan tahniah kepada syarikat  yang berjaya mengadakan ujiannya dalam penghantaran melalui "drone" pakej yang pertama.

  • Jumlah paparan: 283