Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Faraday Future Memperkenalkan Kereta Konsep "Sporty" Dan "Futuristic"

 

Las Vegas - Visi masa depan automotif mengikut Faraday Future kelihatan banyak sekali seperti yang kereta jenama "Corvette" digabungkan dengan kereta "Batmobile".

Syarikat yang beroperasi di California memulakan kerjaya kereta konsep elektriknya dengan memperkenalkannya di pameran CES, yang banyak memberi tumpuan kepada alat pengguna dan peranti mudah alih.

Syarikat yang baru 18 bulan ini masih mempunyai banyak misteri sehingga baru-baru ini mendedahkan bahawa pelabur utamanya, jutawan dari Cina, mendapat insentif cukai daripada negeri Nevada untuk membina kilang pengeluaran automotif pertamanya di Las Vegas.

Syarikat itu memperkenalkan modal sulungnya, FFZero1.

Naib presiden kanan Faraday Future, dalam penyelidikan dan pembangunan, Nick Sampson berkata, beliau menjangka pengeluaran kereta pertama yang dihasilkan dalam dua tahun lagi.(AP)

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Teknologi
  • Jumlah paparan: 328