Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 12:10 PM UTC, Jun 21, 2018

Penyanyi Taylor Swift Akan Membangunkan Permainan Video Untuk Alat Peranti Mudah Alih Dengan Glu Mobile

 

Penyanyi bintang pop, Taylor Swift akan bekerjasama dengan Glu Mobile Inc untuk membangunkan permainan video baru untuk peranti mudah alih.

Syarikat Glu Mobile tidak memberikan butiran lanjut mengenai apa jenis permainan video itu atau penglibatan Swift, kecuali bahawa permainan video telah dijadualkan akan dikeluarkan pada lewat 2016 dan ianya  adalah satu "perkongsian pelbagai tahun."

Glu Mobile yang merupakan syarikat di sebalik permainan popular "Kim Kardashian: Permainan Hollywood", telah memberi tumpuan kepada mendaftar bintang-bintang global popular di media sosial dan mendapat pengikut yang ramai untuk membuat permainan mudah alih peribadi.

Swift yang mempunyai hampir 71 juta pengikut di Twitter, manakala 'like' pada laman Facebook penyanyi itu lebih daripada 74 juta orang.

"Kami sedar bahawa Taylor Swift  dan peminat global beliau menginginkan pengalaman permainan mudah alih yang baru yang sangat berbeza," kata Niccolo de Masi, ketua eksekutif Glu Mobile, berkata dalam satu kenyataan.

 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Teknologi
  • Jumlah paparan: 373