Monday, December 9, 2019
updated 5:14 AM UTC, Dec 9, 2019

Google Dan Lenovo Berkerjasama Membina Telefon Pintar Yang Mempunyai "Mata"

 

Las Vegas - Google dan Lenovo akan berkerjasama untuk membina model telefon pintar yang boleh melihat mengikut jarak dan boleh melakukan perkara seperti mengukur ketinggian siling mahupun tempat di dalam sebuah bilik hanya dengan menyentuh beberapa tempat pada skrinnya apabila kamera telefon pintar itu ke atas atau ke bawah.

Melalui "Projek Tango Google", telefon pintar ini akan dijual di seluruh dunia dibawah harga USD$ 500 ( RM2,200.00 ) dan mempunyai skrin yang kurang 6.5 inci.

Dalam satu demo keupayaan telefon pintar ini, eksekutif menunjukkan bagaimana untuk bermain permainan maya "Jenga" diatas sebuah meja, dan mereka menunjukkan bagaimana haiwan peliharaan maya boleh bertindak balas terhadap objek betul dalam dunia sebenar apabila terpuat kepada pandangan kepada telefon pintar itu.

Satu aplikasi lagi adalah bagaimana untuk meletakkan perabot maya dan peralatan di dalam bilik yang diukur oleh telefon pintar untuk mempastikan sesuai atau tidak.(AP)

 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Teknologi
  • Jumlah paparan: 348