Friday, November 24, 2017
vital-top
updated 3:12 AM UTC, Nov 24, 2017

Aplikasi Mudah Alih K3M Boleh Diperluas Ke Negara ASEAN

PATTAYA - Penggunaan aplikasi mudah alih (K3M) Kesedaran, Keselamatan, Komuniti Maritim, yang berjaya membantu memelihara keselamatan maritim di Malaysia, boleh diperluas ke negara-negara ASEAN.

Perkara itu dinyatakan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. Katanya, aplikasi itu boleh digunakan dalam usaha pemuliharaan dan penjagaan kehidupan marin.

Ini dengan memudahkan laporan serta tindakan segera, diambil bagi membanteras sebarang aktiviti yang menjejaskan hidupan marin. 

 

Sumber : BERNAMA

  • Jumlah paparan: 31